Tuesday, January 18, 2011

PERBEZAAN ANTARA PATSKOM 3.0 DAN PATSKOM PGP

PERBEZAAN ANTARA PATSKOM 3.0 DAN PATSKOM PGP

Di sini ingin saya terangkan perbezaan antara Patskom 3.0 dan Patskom PGP.

Ingin dinyatakan anda perlu memastikan terdahulu PC yang digunakan oleh anda menggunakan Office versi berapa. Ini kerana Patskom 3.0 hanya berfungsi dengan Office 2003 kebawah sahaja dan tidak berfungsi sekiranya anda menggunakan Office 2007. Penawarnya ialah anda hanya perlu memasukkan Excel 2003 sahaja pada PC baru anda itu dan kedua-dua versi dapat digunakan.

Manakala Patskom PGP boleh berfungsi pada Office 2007 dan 2003 ( berdasarkan pengalaman saya) walaupun mempunyai kekurangan fungsi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau pembetulan untuk artikel saya..sila maklumkan.